Writing by own will for the society. Study | Think | Acknowledge | Learn | Respect

Tuesday, October 13, 2009

Kuasa Sultan Perak dipertikai

Renung-renungkan...

1977...Kamaruddin Md Isa - Dato' Seri Ghazali Jawi - Dato' Seri Wan Mohamed Wan Teh

"...Pemuda UMNO mengadakan rapat umum mempertahankan tindakan Ghazali Jawi. Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan Ghazali Jawi berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden Umno memandangkan Ghazali Jawi merupakah seorang ahli UMNO.

Di Pulau Pangkor, Sultan Idris masih murka dan bernazar tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB dan untuk beberapa ketika baginda tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjambang sebagai menzahirkan kemurkaan baginda. Ghazali meletakkan jawatan hanya setelah dinasihati oleh Presiden UMNO ketika itu iaitu Tun Hussein Onn pada 1977. Surat perletakan jawatan dihantar kepada sultan.[1] Dato Sri Wan Mohamed Wan Teh telah mendapat perkenan Sultan untuk menjadi Menteri Besar..."

Sumber: wikipedia.org - artikel: Dato' Seri Ghazali Jawi

2009... Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin - Dato' seri Zambry Abd Kadir

Karpal Singh Saman Sultan Perak.

"...Selaku peguam kanan, saman ingin difailkan oleh Karpal Singh dan Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Sultan Perak kerana tindakan ini dianggap tidak mengikut Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Saman ingin difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari Selasa, 10 Februari 2009 kerana perlantikan Zambry Abdul Kadir tidak sah, wujud 2 menteri besar dalam satu masa dan menimbulkan krisis Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Sultan Azlan Shah diberi kuasa melalui Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan haruslah juga mematuhinya..."

Mahkamah Rayuan

"...Pada 22 Mei, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar hujah-hujah mereka memutuskan Zambry sebagai menteri besar Perak yang sah, sekaligus membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Nizar, atas hujah bahawa "bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN..."

Sumber: wikipedia.org, Malaysiakini, Buletin Utama TV3

Kuasa Sultan semakin hilang dan dipengaruhi oleh politik. Adakah Sultan masih mempunyai kuasa di dalam negeri sendiri?

Renung-renungkan....

No comments:

Post a Comment